Friday, 8 June 2012

Tempat menarik sekitar rumah tamu

Taman Universiti
1. Tadika Ilham Sarjana. (Jiran sebelah rumah, sedia menerima anak-anak untuk dijaga)
2. Surau Taman Universiti - 50 langkah dari rumah tamu. Sesuai untuk sembahyang berjemaah.
3. Taman permainan kanak-kanak dan padang, Taman Universiti - 100 meter dari rumah tamu. Boleh beriadah disini. Jika ingin membuat acara sukaneka pun boleh.
4. Tutti Fruitti - 200 meter dari rumah tamu UTHM.
5. Kolej Kediaman Taman Universiti, UTHM (Blok E dan C). - 200 meter dari rumah tamu.
Al-Azhar Corner Parit Raja - dibuka 25jam sehari ;). 500 meter dari rumah tamu UTHM.
6. McDonald's Parit Raja - 600 meter dari rumah tamu UTHM.
7. Pasar Malam Taman Universiti, Parit Raja  - setiap Rabu malam. Lokasi: berhampiran dengan Mc Donald's
8. 7-eleven
9. Pasaraya Mega
10. Mama Dobi. Tel: 07-4594155
11. Kedai Makan Pelbagai (makanan Arab, Steamboat, Western)
12. COSWAY
13. Mini Market

Parit Raja
Pekan Parit Raja terkenal dengan hasil kampung seperti rempeyek, pisang salai, dan beraneka kerepek. Nama Parit Raja diberikan bersempena lawatan kerabat di Raja Johor yang mana dikatakan ada Raja yang berhenti di kampung ini untuk mendapatkan air minuman pada masa dahulu. Mata pencarian penduduk di sini berasaskan kepada kegiatan pertanian, perniagaan dan nelayan. Di Pekan Parit Raja ini juga terdapat pelbagai gerai makanan yang menyajikan hidangan masakan tempatan, barat dan mamak. Pelbagai jenis buah-buahan juga boleh di perolehi di sini.

1. Pejabat Pos. Lokasi: JKR 1148, Jalan Besar, 86400 Parit Raja, Johor Darul Takzim, Malaysia. Tel: 07-4541208
2. Maybank. Lokasi: No. 6595, Jln Kluang Batu 13 1/2, 86400 Parit Raja, Johor. Tel: 07-454 9009
3. CIMB Bank. Lokasi: Bang Kantin Ittho, Jln Kluang, 86400 Parit Raja, Johor. Tel: 07-454 9088
4. Public Bank. Lokasi: No. 11, Jln Kristal, Taman Kristal, 86400 Parit Raja, Johor. Tel: 07-454 9022
5. KFC
6. Pasaraya Wellward
7. Stesen Minyak (Petronas, Esso, Shell, Mobil)
8. Kedai Kerepek
9. Baryani Best. Lokasi: No.2t, Jalan Cempaka 1, Taman Cempaka Biru, Parit Raja
10. Bisik - Bisik Restaurant
11. Chicken Delight Restaurant.
12. D'impian Kopitiam. Lokasi: No. 12, Jalan Cempaka 3, Taman Cempaka Biru, Parit Raja,
13. Faa`It Nasi Ayam
14. Gazebo Seafood Restaurant
15. KMS Restaurant. Lokasi: Jalan Kristal 7, Taman Medan Kristal
16. Kompleks Niaga Parit Raja
17. Pinang Sebatang Restaurant. Lokasi: No. 5, Jalan Susur Perniagaan, Pekan Parit Raja, (Berhampiran CIMB Bank).
18. Restaurant Line Clear - Lokasi: Lorong Kurnia (depan Petronas ), Jalan Kluang Parit Raja
19. Restoran Cuba Rasa
20. Restoran Nasi Lemak Gam (Parit Raja). Lokasi: No 3, Jalan Aked Utama, Taman Aked, 86400, Parit Raja
21. Warung Seri Montel
22. Bariani Warisi
23. 7 Eleven (M) Sdn Bhd. Lokasi: No.75 (GF) Jalan Besar, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor

Air Hitam
Pekan Ayer Hitam, di sini sering menjadi tumpuan pengunjung dari negeri lain apabila di pekan kecil yang terletak berhampiran Lebuhraya Utara Selatan itu menawarkan pelbagai jenis produk seramik dan bunga plastik bermutu tinggi yang boleh dijadikan buah tangan untuk dibawa balik. Selain seramik dan pelbagai barangan perhiasan rumah serta kelengkapan hantaran pengantin, Ayer Hitam juga memiliki kawasan pelancongan berasaskan pertanian dengan adanya pusat pertanian moden terbesar di negara ini.
1. PISB - Tempat untuk memborong pasu, bunga (plastik), aksesori hiasan rumah dan lain2. Sesuai untuk mereka yang mencari kelengkapan perkahwinan seperti bunga telur, kad jemputan dan hiasan.
2. Johor Claytan Factory
3. Kedai Tembikar Ah Soon
4. Pekan Seramik Air Hitam
5. Taman Botani Johor
6. Taman Organik Zenxin
7. Tugu Peringatan Air Hitam
8. Institut Pertanian Ayer Hitam
9. Jabatan Perkhidmatan Veterinar
10. Tropical Village Air Hitam

Batu Pahat
Di Batu Pahat sangat terkenal dengan nasi baryani gam, mee bandung, asam pedas, cendol dan rojak. Jika ingin mendapatkan nasi baryani, anda perlu singgah ke "Benteng". Di mana ianya merupakan suatu tempat menjamu selera yang terkenal di Batu Pahat terletak bersebelahan Sungai Batu Pahat dan berhadapan dengan Hospital Pakar Putra (Putra Specialist Hospital).Makanan yang popular di sini adalah Nasi Beriyani Gam Mat Syah yang sangat terkenal oleh penduduk setempat dan penduduk Johor.
Mee Bandung yang terkenal di sini terletak berhadapan dengan Hotel Garden Batu Pahat yang lebih di kenali sebagai "Mee Bandung Odean". Di Batu Pahat juga terkenal dengan masakan asam pedas dan gerai yang terkenal adalah terletak bersebelahan Pejabat Pos Batu Pahat di Jalan Rahmat. Minuman cendol yang terkenal di sini terletak di Jalan Omar yang terkenal dengan "Cendol Gelas" dan hidangan rojak yang sangat lazat.  
1. The Summit
2. Carrefour - lokasi: Taman Flora Utama. Merupakan Carrefour kedua terbesar di Johor dan ke 10 di Malaysia.
3. Square One Shopping Mall - lokasi: Taman Flora Utama. Berhampiran dengan  Carrefour.
4. Parkson - di dalam Square One Shopping Mall.
5. One Stop - lokasi: Jalan Rahmat, Jalan Jenang and Taman Bukit Pasir.
6. McDonald Drive Thru
7. Batu Pahat Mall
8. The Store Supermarket - lokasi:  Jalan Rugayah and in The Summit.
9. Pacific Hypermarket - lokasi: Batu Pahat Mall.
10. Farson Supermarket - lokasi: Jalan Rugayah.
11. Pasaraya Nirwana Maju - lokasi: Jalan Ampuan/ Jalan Zamrud, (Taman Soga).
12. Wet World Batu Pahat
13. Dataran Batu Pahat
Kawasan ini dahulu lebih dikenali dengan Fountain Batu Pahat kerana terdapat sebuah air pancut pada ketika itu. Ianya telah dibangunkan dan di buka kepada orang ramai pada 17 Mei 1961. Sewaktu pengisytiharan Batu Pahat sebagai Perbandaran Batu Pahat, Fountain Batu Pahat telah diberi nafas baru dengan diberi nama sebagai Dataran Penggaram. Ini kerana ianya telah melalui proses pengubahsuaian dan dinaik taraf sebagai lapangan hiburan dan mempunyai pemandangan panorama indah serta telah dibina sebuah tugu sebagai mercu tanda Bandar Batu Pahat. Dataran ini juga dijadikan sebagai tempat pelaksanaan aktiviti sosial masyarakat bersama pemimpin setempat.

14. Tasik Y
Berhampiran Dataran Batu Pahat, terdapat sebuah tasik yang dahulunya merupakan bekas sebuah lombong dan dikenali ramai iaitu Tasik Y. Di kawasan tasik ini talah dijadikan sebagai taman rekreasi yang lengkap dengan prasarana taman permainan, alatan senaman, kawasan beriadah, pondok istirehat dan sebuah kawasan yang dilengkapi dengan batu refleksi bagi pengunjung menggunakannya. Di tasik ini juga terdapat gerai-gerai makanan dan minuman. Pada kebiasaannya penyediaan minuman ABC dan Yong Tau Foo merupakan menu popular dikalangan para pengunjung ke tasik ini. Di kawasan tasik ini juga menjadi pilihan para pengunjung dari kawasan berdekatan mahupun penduduk bandar Batu Pahat untuk melakukan riadah pada waktu petang saban hari. Pada setiap pagi hari Ahad, aktiviti yang biasa diadakan adalah senaman J-Robik sebagai pengisian kepada para pengunjung yang datang ke Tasik Y ini.

15. Pantai Minyak Beku
Walaupun Pantai Minyak Beku ini tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda, ia amat sesuai untuk aktiviti memancing dan menikmati udara pantainya yang segar. Di sini terdapat sebuah perkampungan nelayan dan juga kuari untuk memproses batu dan pasir. Kawasan memancing paling sesuai dilawati di sini ialah Kampung Orang Asli dan Perkampungan Nelayan Cina Segenting. Perigi Batu Pahat yang terletak di Pantai Minyak Beku dipercayai merupakan tempat Daerah Batu Pahat mendapat namanya berdasarkan sejarah lalu. Jarak di antara Bandar Batu Pahat ke Pantai Minyak Beku adalah 8 km lebih kurang 20 minit perjalanan dan jalan raya menuju ke pantai tersebut agak berliku sedikit.

16. Pantai Punggor
Pantai ini terletak di perkampungan desa yang menarik di Punggor merupakan salah sebuah kawasan di Daerah Batu Pahat. Walaupun pantainya tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda, Pantai Punggor menawarkan keindahan panoramanya untuk mereka yang ingin beristirehat dan cintakan kedamaian. Di persisiran pantai ini juga turut menyediakan tempat memancing. 

17. BP Walk
Pada waktu malam pula, Batu Pahat terkenal dengan "BP walk" iaitu sebuah kawasan sepanjang Jalan Rahmat yang penuh dengan bermacam-macam jenis gerai makanan termasuklah citarasa tempatan dan barat. BP Walk juga terkenal dengan pelbagai jenis sup yang boleh didapati di gerai-gerai tersebut. BP walk dibuka sehingga 3 atau 4 pagi setiap hari. BP Walk ini juga telah menjadi tumpuan pengunjung dari Kluang, Muar, Pontian dan Air Hitam pada waktu malam.